Wajah kempen MINAZ, Amyra Rosli anggap rezeki selepas diuji - Utusan Malaysia

Wajah kempen MINAZ, Amyra Rosli anggap rezeki selepas diuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas diuji dengan keadaan kesihatan diri yang tidak begitu baik termasuk berdepan dengan penyakit misteri sekitar April lalu, pelakon dan pengacara Nona, Amyra Rosli kini menarik nafas lega apabila dikurniakan sebuah rezeki besar.

Selain dipilih sebagai Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards, baru-baru ini, Amyra juga disunting sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.

Kata Amyra, ini adalah satu kurniaan yang tidak disangka-sangkanya daripada Yang Maha Esa setelah melalui ujian getir dalam hidupnya sebelum ini.

“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.

“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacarakan program Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara mendapat pengiktirafan. 

“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.

Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini juga meluahkan rasa bahawa dirinya tertarik dengan tema diketengahkan.

“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.

“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya yang menjalani penggambaran fotografi kempen tudung itu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ Hijab, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ berkata pemilihan Amyra menepati konsep diketengahkan kali ini.

“Memasuki siri kelima keluaran tudung dengan pernah menggunakan khidmat Kilafairy, Nora Danish dan Nelydia Senrose, kami tidak pernah berputus asa memberi variasi kepada penggemar dan pecinta legasi jenama ini.

“Kini, pertaruhan wajah dan personaliti Amyra pula dilihat bertepatan dengan konsep Kembara Cinta. Wajah manis ketimuran dimilikinya menambah pesona sisi kesopanan dan  kesantunan,” kata Pija MINAZ.

Koleksi kali ini bertumpu pada konsep semula jadi dan lakaran motif bunga luar kotak daripada kebiasaan. 

Ia akan dilancarkan pada hari ini, pada jam 8 malam di www.minaz.com.my dan boleh dibeli dengan stokis serta agen berdaftar seluruh negara.

“Inspirasi diambil dari negara Timur Tengah melalui kembara saya ke negara seperti Turki, Mekkah dan Madinah. Istimewanya koleksi ini dilengkapi dengan perincian utama yang diambil daripada bentuk struktur dan monumen di negara berkenaan yang digabungkan bersama bunga – bungaan melalui persekitaran dan suasana di sana.

“Pemilihan warna juga dipilih seiring dengan persekitaran di Timur Tengah yang lebih ‘earthy’ dan semulajadi. Koleksi kali ini juga hadir dalam edisi sedondon untuk ibu dan anak atas permintaan ramai,” kata Pija MINAZ.

Hingga kini jenama tudung ini berjaya memenuhi permintaan peminat dengan jualan 1.1 juta helai hingga kini. 

Pada masa sama, jenama ini masih lagi meneruskan usaha bagi mencapai misi membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan serta bangun meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya