Ulang tahun ke-36 dapat ‘hadiah’ Covid - Sharifah Amani - Utusan Malaysia

Ulang tahun ke-36 dapat ‘hadiah’ Covid – Sharifah Amani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sambutan ulang tahun ke-36 pelakon Sharifah Amani, nampaknya tidak berlangsung dalam suasana yang mungkin diinginkan oleh aktres ini apabila dia memaklumkan telah terkena jangkitan wabak Covid-19.

Hal itu dikongsikan oleh Amani menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya hari ini bersama sekeping gambar alat ujian kendiri Covid-19.

“Selamat ulang tahun ke-36 Nanina (dirinya). Selepas sekian lama cuba mengelak dijangkiti Covid, akhirnya ia datang ‘menziarahi’ saya untuk ‘mengucapkan’ selamat hari jadi.

“Syukur Alhamdulillah, saya sebelum ini pun sudah mendapatkan suntikan vaksin termasuk dos penggalak, jadi mungkin simptom-simptom yang dirasai tidak teruk sangat,”katanya.

Selain itu, kata Amani, dia juga berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan rakan terdekat yang mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Terima kasih buat semua yang telah mendoakan. Saya akan kembali dan mengjengkelkan anda semua nanti,”katanya berseloroh.

Tidak cuma itu, kata Amani, dia juga mengaku terasa berbeza untuk sambutan ulang tahunnya kali ini memandangkan telah mempunyai perancangan tersendiri sebelum ini.

“Tapi nak buat macam mana, inilah cara saya terpaksa sambut sempena ulang tahun kali ini.Tetapi tak apalah, macam apa yang orang kata, kita ini cuma mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan.

“Saya terima seadanya dan syukur Alhamdulillah kerana telah bertambahnya usia saya untuk hidup di muka bumi ini dan bersama dengan orang-orang yang tersayang,”katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, beberapa rakan selebriti turut mendoakan dan memberi kata-kata semangat buat Amani.

Antaranya termasuk, Daiyan Trisha, Carmen Soo dan Adrian Teh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya