KUALA LUMPUR : Pelakon dan usahawan selebriti, Fizo Omar, 37,mengaku meski sudah pernah bergelar seorang bapa sebelum ini, namun air matanya tetap mengalir saat menyambut kelahiran puteri keduanya,
kelmarin.
Menurut Fizo, dia juga tidak sanggup melihat isteri tersayang, Fazeera Nazri Azrai, menanggung kesakitan ketika proses melahirkan tetapi tetap menemani isterinya di disi sepanjang proses tersebut.
“Gugur air mata jantan. Gangster macam mana pun si suami dan ayah. Isteri saya di masukkan ke wad bersalin pada pukul 3 petang pada 24 Jun lalu dan hampir 10 jam bersedia untuk melahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal. Nasib baik buat keputusan yang tepat untuk mengambil bius epidural.
“Kalau tak, saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin. Sepuluh jam, bukan sekejap dan hampir 3 jam meneran sampailah bayi keluar.
“Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,”katanya.
Fizo berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.
Selain itu, kata Fizo, air matanya juga sekali lagi gugur apabila menatap wajah anakanda mereka dan ia merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan.
“Menggigil tangan ini bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat anak. Perasaan saya macam… okey, ini adalah momennya. Awak akan memulakan hidup sebenar awak selepas keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“Masa saya potong tali pusat itu, wujudnya satu bisikan,’ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang’. Sebab, datangnya seorang bayi bukan sahaja untuk kita raikan kegembiraan.
“Tetapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dari sebelum ini,”katanya.
Dalam pada itu, Fizo juga sampat menitipkan pesanan buat para suami dan bakal bapa lain supaya sentiasa mencuba untuk menemani isteri saat melahirkan.
“Ambillah momen ini bukan sahaja untuk jcuma berada di sisi isteri, tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Adakalanya, menerusi pengalaman kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah SWT buat kita semua yang bergelar ayah dan suami.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami,”katanya.
.Sekadar info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.