Terpaksa tolak permintaan penerbit - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Terpaksa tolak permintaan penerbit – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mengakui terpaksa menolak permintaan penerbit kerana mahu fokus terhadap pengarahan filemnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Jelas Syamsul, dia tidak dapat membabitkan diri dalam filem arahannya kerana sedar akan tanggungjawabnya selaku pengarah.

“Saya takut kalau turut berlakon sama akan memberi kesan atau pun menganggu proses belakang tabir sebab saya ibarat nakhoda kapal.

“Ini adalah keputusan saya dan pihak penerbit menghormati keputusan saya, syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Bercakap tentang harapannya menerusi karya epik pertama arahannya itu, dia mahu industri penerbitan dan perfileman negara segera pulih selepas mengalami fasa pandemik.

“Industri perfileman di Malaysia selepas pandemik masih lagi bergerak perlahan. Dapat juga dilihat setakat hari ini ada pun filem baik masih gagal di pawagam dari sambutannya, amat menyedihkanlah.

“Tetapi saya sentiasa yakin dengan karya sendiri kerana sangat teliti dalam penghasilan sesebuah naskhah.

“Diharapkan filem ini berjaya sekali gus mengembangkan industri perfileman negara kita,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya