Teguran untuk jaga maruah diri - Hawa Rizwana - Utusan Malaysia

Teguran untuk jaga maruah diri – Hawa Rizwana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana Redzuan terbuka menerima sebarang teguran daripada khalayak andai ada yang dilakukannya kelihatan tidak manis.

Jelasnya ketika dihubungi, apa pun komen atau kritikan, Hawa menganggap teguran itu untuk mendewasakan dirinya.

“Saya percaya memang ada hikmah semua benda yang jadi ini. Saya terima teguran mereka, supaya saya sentisa ingat untuk jaga maruah diri,” jelasnya.

Baru-baru ini tular video Hawa berada di pusat karaoke bersama peminat dan mengundang komen netizen berhubung pilihan penampilannya tidak sesuai.

Berkongsi perkembangan sepanjang dua tahun pembabitan dalam dunia hiburan, Hawa mengakui masih banyak yang perlu dipelajari.

“Alhamdulillah masih lagi belajar setiap hari. Setiap hari ada benda baru yang saya perlu belajar. Kena jangka apa-apa pun boleh jadi sewaktu siaran langsung, kena kekal tenang.

“Jadi saya cuba sedaya-upaya untuk bagi yang terbaik, untuk pastikan apa sahaja yang dikongsikan sama ada di radio Buletin FM, Buletin Utama, Wanita Hari Ini dan Helo Doktor ada sesuatu yang baru untuk penonton,” katanya.

Dalam perkongsian ringkas, Hawa mengagumi kredibiliti selebriti televisyen iaitu Ally Iskandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya