Tak nak tumpang nama abang - Nadzim Adzham - Utusan Malaysia

Tak nak tumpang nama abang – Nadzim Adzham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Adik kepada pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa iaitu Nadzim Adzham, 26, sedar sejak menceburi bidang seni, dia sukar mengikis tanggapan orang yang sering mengaitkan dirinya dengan Adhwa.

Menurut Nadzim yang kini berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan di saluran Didik TV, dia sedaya upaya mahu berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang nama abang kandung mahupun kakak iparnya, Ardell Aryana yang juga merupakan seorang pelakon dan selebriti tempatan.

“Saya percaya, kalau nak berjaya, kena bermula daripada bawah dulu. Memang orang kata senang dan saya ini bertuah sebab ada abang dan kakak dalam bidang yang sama. Tapi kalau boleh tak naklah tumpang populariti mereka.

“Itu pun antara pesanan yang diberikan oleh abang semasa saya mula-mula nak masuk industri ini. 

“Abang saya pun, masa mula-mula menceburi bidang ini melalui fasa yang tak mudah. Dia pun bermula dari bawah. Jadi saya kenalah berdikari, yang penting kena pandai bawa diri,”katanya.

Mengaku meminati dunia lakonan, kata Nadzim, setakat ini tawaran yang datang padanya lebih terarah pada bidang pengacaraan namun dia tidak pernah meletakkan had untuk fokus cuma pada satu bidang semata.

“Kalau boleh saya nak berlakon. Tapi belum ada tawaran yang sesuai lagi. Saya pun nak cuba semua, termasuk bidang peragaan.

“Saya punya minat sebenarnya cenderung kepada dunia lakonan. Tapi mungkin belum ada rezeki lagi. Tapi ia tidak membuatkan saya mudah berputus asa,”katanya.

Selain itu, ditanya sama ada dia setuju jika dikatakan langkahnya dalam bidang ini kerana mahu lekas popular atau meraih kesenangan mudah, Nadzim menolak dengan baik.

“Bidang seni senang nak buat duit? Bolehlah dikatakan begitu. Tetapi saya percaya itu semua akan berlaku jika kita berusaha keras dan komited dengan kerja yang dilakukan.

“Contoh saya di depan mata tentulah abang dan kakak ipar saya. Mereka punya laluan pun tak mudah untuk berada di tahap sekarang. 

“Kemudian berniaga pula itu, saya benar-benar kagum dengan ketabahan mereka,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya