KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkongsi keadaan tahap kesihatannya semakin baik selepas menjalani rawatan pembedahan Gastrik Sleeve.
Kongsi Ziela di akaun Instagram miliknya, tahap kolesterol berada di paras yang tinggi dan hasil pemeriksaan menunjukkan beberapa gejala lain turut menjejaskan kesihatannya.
“31 Mei lalu saya menjalani pembedahan gastrik sleeve. Subhan-Allah boleh bayangkan tak paras kolesterol pada tahap 10? Kalau tidak jalani pembedahan saya mungkin berdepan pelbagai risiko komplikasi lain.
“Selain itu paras gula saya juga pada tahap lebih daripada normal. Semuanya sebab sindrom metabolisma, turut mengundang masalah-malasah lain jugalah,” tulisnya.
Kongsi Ziela, proses pembedahan berjalan lebih kurang 30 minit ke 40 minit dan sehari selepas pembedahan Ziela beransur sembuh.
“Hari ini (Jumaat) saya rasa bertambah baik dan senang untuk berjalan seperti biasa.
“Saya juga suda memulakan pola pemakanan yang seimbang dan tinggi dengan nilai protein. Diet regime yang diberi oleh Dr pun tinggi protein untuk proses penyembuhan,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Ziela berterima kasih kepada warga Pusat Perubatan Cengild Medical Kuala Lumpur kerana menjaganya dengan penuh berdedikasi.