KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Azri Iskandar berkongsi akan berjumpa dengan bapa Azra untuk sesi perkenalan.
Jelas bekas suami pelakon Ellie Suriati Omar itu lagi, usai berjumpa dengan bapa wanita itu dia akan menghantar mak ciknya untuk fasa merisik dan pertunangan.
“Saya akan berkahwin dengan Azra. Nanti saya akan pergi jumpa ayah Azra seorang selepas itu baru hantar mak cik untuk merisik dan meminang.
“Selepas itu baru saya akan maklumkan tarikh tetap sebab kedua belah pihak kelurga belum buat perbincangan.
“Kalau ada nanti saya bagi tahu wartawan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas tentang reaksi anak-anak, katanya pada awalnya mereka agak terkejut.
“Mereka suruh saya rileks sebab tahu saya tengah bersedih, malah sarankan saya untuk fokus pada kerjaya dulu.
“Tetapi saya sudah terangkan kenapa saya perlu bernikah dengan Azra dan akhirnya mereka semua sokong,” ujarnya.
Untuk rekod, pasangan Azri dan Ellie bercerai pada 17 Mei 2022 lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen 13.