Sedih kalau tak dapat panggilan telefon daripada ‘boyfriend’ - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Sedih kalau tak dapat panggilan telefon daripada ‘boyfriend’ – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon, Rita Rudaini, 47, mengaku saban malam bahkan setiap masa dia sentiasa menanti panggilan telefon daripada anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin, 13, yang kini berada di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan.

Menurut Rita, dia akan berasa sedih jika tidak dapat berbual dengan anak sulungnya itu dan akan memperuntukkan waktu setiap hari untuk ‘bergayut’ di telefon walau sebentar cuma.

“Semua orang tahu, selama ini kami memang tak pernah berenggang langsung dan kalau keluar pun saya memang akan dengan anak-anak sahaja. 

“Sekarang ini, setiap malam saya akan tunggu Rayyan telefon. Sebab saya tak akan hubungi pada waktu dia sedang belajar di sekolah. Jadi saya akan tunggu dia yang telefon dulu kerana itu bermakna dia ada masa rehat.

“Saya ini dah macam tunggu boyfriend telefonlah! Dapat dengar deringan pertama saja terus cepat-cepat angkat,teruja. Gembira bila dapat bercakap dengan dia dan tahu perkembangan dia sehari-hari,”katanya.

Rita berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di sini, Ahad lalu.

Berkongsi lagi, kata Rita, anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna, 11, juga sering berasa sedih setiap kali terkenangkan ketiadaan abangnya itu di rumah kini.

“Adik dia pun ada kata sunyi dekat rumah. Bila kami sembahyang sama-sama, waktu nak bersalaman, selalunya dua orang anak salam saya. Tapi sekarang ini tinggal seorang ini je la.

“Lepas tu, kami berdua mulalah berpelukan sambil menangis sebab rindu abang Rayyan dia,” katanya.

Dalam pada itu, kata Rita, walaupun sedih terpaksa berjauhan dengan Rayyan, namun dia tidak akan sesekali menghalang sekiranya Arjuna turut mendapat peluang belajar di sekolah asrama kelak.

“Saya memang cepat tersentuh hati kalau pasal anak-anak. Saya juga pernah tersasul panggil nama Rayyan di rumah, teringat macam dia ada.

“Bila Arjuna tengok saya menangis kerana rindukan Rayyan, dia kata dia tak nak lah masuk asrama dan nak jaga saya selalu. Terus saya tepis kata-kata dia dan suruh dia pergi belajar juga. 

“Saya cakap dengan dia ‘tidak mengapa, mummy boleh duduk seorang’,” katanya. 

Untuk rekod, Rita, 46, mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya