Saya pun tahap ‘ikan bilis’ saja - CheTa - Utusan Malaysia

Saya pun tahap ‘ikan bilis’ saja – CheTa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Dalam kesibukannya meneruskan rutin kerja seni, Rozita Che Wan sempat meneruskan fokusnya dalam dunia perniagaan.

Selepas muncul dengan bisnes tudung, wangian, pencuci wanita dan macam-macam lagi, wanita yang mesra dengan panggilan Cheta itu hadir pula dengan produk inai, Mazaville hasil berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Kata ibu Kepada tiga cahaya mata itu, dia sendiri memang peminat inai.

“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin. 

“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang pun akan menyelit sekali pakai inai,” katanya.

Kata kakak kepada Ayu Raudhah ini lagi, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum puasa lalu lagi.

“Tapi sibuk punya fasal dengan jadual penggambaran, maka baru sekarang  boleh lancarkan.

“Masa sesi penggambaran untuk tema fotografi produk ini pun saya tetapkan tradisional Melayu. Berangan pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.

Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan sama, isteri kepada Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau awak nak sokong dan beli inai ini, saya pun bersyukur sangat-sangat.

“Harga pun bukan tahap kayangan. Harga kita-kita, memang ‘rakyat’. Hanya RM15. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya bagus. Nak jadi stokis pun dialu-alukan.

“Saya ini pun tahap ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali, tapi berkali-kali,” katanya.

Dalam perkembangan seni,  baru selesai penggambaran sitkom 18 episod berjudul Lot 69.

“Sekarang ini, saya sedang melunaskan penggambaran 13 episod sebuah bual bicara di Go Shop.

“Saya juga kini diamanahkan menjadi juri tetap untuk dua buah program di TV. Tapi belum boleh dimaklumkan lanjut lagi program apa,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya