Saya bukan hipokrit tapi jaga aib – Julia Farhana Marin - Utusan Malaysia

Saya bukan hipokrit tapi jaga aib – Julia Farhana Marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Julia Farhana Marin hanya akan berkongsi perihal kerjaya sahaja di akaun media sosialnya.

Jelasnya, andai ada perkongsian peribadi mungkin berkaitan seharian hidup sebagai seorang artis.

“Saya rasa media sosial adalah landasan untuk orang mengenali diri saya sebagai seorang pelakon, penyanyi atau pun selebriti sahaja.

“Biarlah diri saya sendiri kekal untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja yang tahu macam mana, bukan sorok, tapi lebih kepada jaga aib diri, keluarga dan yang terlibat.

“Saya bukan hipokrit tapi ada sempadan supaya ada ruang untuk saya bernafas daripada kerjaya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai perkongsian mendedahkan perjuangan hidup, pelakon drama Dia Bidadari Dari Syurga itu, berkata, terpulang pada diri individu masing-masing,

“Secara peribadi saya tak kobgsi sebab setiap orang akan ada pendapat yang berbeza.

“Ada yang setuju dengan kita, ada yang akan hina. Bukan semua orang akan faham apa kita lalui.

“Saya yakin setiap orang ada perjuangan mereka sendiri. Tak salah pun kalau nak kongsi kepada umum. Kalau selesa dan nak jadikan inspirasi buat pengikut mereka, kenapa tidak?,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya