Rasa serba salah tapi saya buat demi masa depan- Iqwan Alif - Utusan Malaysia

Rasa serba salah tapi saya buat demi masa depan- Iqwan Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Iqwan Alif, 26, mengakui wujud rasa serba salah dalam dirinya semenjak menyambung pengajian secara sepenuh masa.

Jelas Iqwan, apatah lagi dalam masa sama dia juga sedang bekerja dan hal itu membuatkan kekurangan waktu untuk penyanyi ini meluangkan masa bersama-sama ahli keluarganya.

“Menyesal itu tidak sebab sambung belajar ini pun saya yang nak. Jadi mahu atau tidak, susah senang tanggung sendiri.

“Cuma kadang-kadang rasa serba salah juga dengan ahli keluarga sebab ada beberapa percutian atau aktiviti hari keluarga saya tak dapat nak turut serta,” katanya ketika dihubungi.

Kongsi Iqwan dia bersyukur kerana semuanya terbayar dan dapat membuatkan ibunya tersenyum.

“Tetapi Alhamdulillah semuanya berbaloi lepas tengok mama bangga dan gembira anak dia yang dulu waktu sekolah ini seorang yang pemalas nak belajar.

“Kini dah buktikan yang saya boleh capai anugerah ini. Tidak dinafikan sebab saya lebih minat ke arah seni.

“Jadi bila belajar apa yang kita minat ini, semangat dia lain daripada belajar bidang yang kita tak minat,” ujarnya.

Sebagai informasi, Iqwan berjaya memperolehi keputusan Anugerah Dekan dengan pencapain CGPA 3.60 dalam jurusan Ijazah Pengurusan Seni di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) semester baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya