Rasa sendu tapi tak senyap terus - Aiman Tino - Utusan Malaysia

Rasa sendu tapi tak senyap terus – Aiman Tino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penyanyi, Aiman Tino, tidak menolak bahawa namanya agak senyap tidak begitu diperkatakan ramai sejak pandemik lalu.

Malah, dia juga mengakui halk itu mungkin berkait rapat dengan tindakannya yang kurang aktif di media sosial.

Ketika ditemui, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu berkata, di sepanjang pandemik dia sibuk dengan membantu bisnes keluarganya.

“Kalau saya sendiri rasa sendu, apatah lagi industri, sebab saya tiada pembabitan seni.

“Tapi tidaklah senyap terus, bagi yang mengikuti perkembangan saya di Instagram ada saja Insta Story. Cuma di TikTok saya kuranglah.

“Bahkan kalau saya menghadiri apa-apa program seni selepas pandemik saya rasa segan nak bergaul. Ini yang saya rasalah,” katanya.

Aiman berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 24 tahun dan kelab peminat Aiman Tino Fantastic yang ke tiga tahun di Magica Star Avenue, Shah Alam.

Dalam perkembangan lain Aiman bakal muncul menerusi supertele Adnan Sempit Generasi Gig yang akan ditayangkan menerusi TV3 dan Tonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya