Rakan nafi Laudya Cynthia Bella bakal kahwin kerabat Dubai. - Utusan Malaysia

Rakan nafi Laudya Cynthia Bella bakal kahwin kerabat Dubai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakan karib pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, yang dikenali sebagai Zaskia, memaklumkan tujuan pelakon tersebut di Dubai hanya untuk membeli abaya, selepas timbul khabar angin yang mendakwa Laudya bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana.

Menerusi portal KapanLagi, Zaskia juga memberitahu Laudya belum mempunyai perancangan untuk kembali mendirikan rumah tanga walaupun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki.

Sebelum ini, gara-gara sebuah perkongsian video yang tular di platform di TikTok, telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Sehingga timbul khabar angin yang mendakwa pelakon filem popular Surga Yang Tak Dirindukan itu bakal berkahwin bersama seorang kerabat raja negara tersebut.

Sekadar informasi, Laudya sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya