KUALA LUMPUR : Pelakon, Raja Farah Raja Aziz, 34, selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada pukul 9.40 pagi, Jumaat lalu.
Berkongsi berita gembira di akaun Instagram, pelakon filem Gol dan Gincu itu berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan buat bayi dan dirinya serta selamat menjalani fasa berpantang.
“Alhamdulillah, syukur keluarga kecil kami bertambah lagi dengan kehadiran puteri sulung kami.
“Terima kasih semua yang doakan untuk saya dan bayi. Syukur semuanya selamat, lancar dan sihat.
“Doakan proses berpantang saya pula ya? Semoga dipermudahkan, ya Allah perkenankanlah,” katanya.
Terdahulu Raja Farah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang belum dikongsikan lagi namanya seberat 2.81 kilogram.
Sebagai informasi, Raja Farah berkahwin dengan pilihan hati iaitu Iskandar Ismail pada 6 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini terdahulu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.