PU Riz tawar wang tunai pada pelajar SPM B40, OKU - Utusan Malaysia

PU Riz tawar wang tunai pada pelajar SPM B40, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Tahun lalu, pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tahun ini, PU Riz, 27, menggandakan jumlah itu menjadi RM700 dan ditawarkan kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).

PU Riz berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.

“Diakui banyak kesusahan dialami sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan Covid-19 dalam negara. Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.

“Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.

“Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat Covid-19 tapi kena teruskan persekolahan juga dan banyak lagi cerita sedih. Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A,” katanya.

Menurut PU Riz, tawaran itu juga sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

“Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya