Orang lain pergi uji bakat, tapi saya tidak - Sara Ali - Utusan Malaysia

Orang lain pergi uji bakat, tapi saya tidak – Sara Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Sara Ali, meluahkan rasa gembira apabila hasratnya untuk terlibat dalam sebuah naskhah tempatan untuk genre aksi dan perang, akhirnya tercapai.

Menerusi pembabitannya dalam filem berjudul Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Sara atau nama sebenarnya, Siti Sarah Hairi Ali, mengaku tidak terlalu lama memberi kata setuju untuk membintangi filem itu selain tidak melalui uji bakat selepas membaca skrip yang dianggap sangat menarik.

“Sebenarnya dari dulu lagi, saya pernah cakap pada diri sendiri yang satu hari nanti saya akan dapat filem aksi atau perang. Masa itu, tiba-tiba memang ada tawaran filem aksi datang.

“Tapi bila saya baca skrip tak menarik dan saya tak suka. Walaupun ramai kata saya akan rugi kalau tak terima tawaran filem yang dijangka akan meletup.

“Tapi saya percaya pada skrip, tak kisah orang nak cakap. Alhamdulilah, sebulan selepas itu saya dapat tawaran untuk filem Air Force. Tak perlu casting pun, tapi tawaran itu memang untuk saya.

“Selalunya kena lalui uji bakat tapi kali ini tidak. Saya diberi masa seminggu untuk baca skrip, kali pertama baca, terus saya suka,” kata Sara.

Selain Sara, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Datuk Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Scha Al Yahya dan ramai lagi.

Filem yang memaparkan kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada Ogos depan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga mengakui bukan mudah untuk membawa watak sebagai seorang wartawan.

“Dalam filem itu, saya memegang watak sebagai seorang wartawan yang lebih kepada laporan khas. Saya ada juga buat sedikit ulang kaji macam mana nak jadi wartawan.

“Macam seorang wartawan bercakap depan kamera. Bahasa Melayu yang mereka gunakan sangat teratur dan tersusun. Jadi, ia sangat mencabar untuk saya yang suka cakap tak teratur.

“Saya ada la tengok gaya pembaca berita dan cuba ikut gaya itu. Tapi hanya ada beberapa babak saja dapat main peranan sebagai wartawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya