Minyak masak punya hal lah ni ! - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

Minyak masak punya hal lah ni ! – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagaikan lega apabila telah dibebaskan daripada tahanan reman polis kelmarin, pelakon, Sharnaaz Ahmad, 37, dilihat gembira bertemu sahabat baiknya, pelakon, Syukri Yahya, yang datang melawat di kediamannya semalam.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagramnya, pelakon tersebut dilihat berjabat tangan dengan Syukri yang tersenyum memandang kamera sambil di tangan Sharnaaz memegang sebotol minyak masak.

Berdasarkan keterangan gambar tersebut, Sharnaaz berkongsi perasaannya bersama peminat dan pengikut di platform media sosial itu.

“I’m back! (saya dah kembali) Dugaan jadi pembakar semangat. Ini semua minyak masak punya hal lah ini…
“Terima kasih sahabatku datang melawat. Abang baru balik dari ‘holishit outstation’,”katanya.

Perkongsian tersebut juga telah meraih komen-komen daripada rakan artis termasuk Syukri sendiri yang menyahut kata-kata Sharnaaz dengan jenaka.

“Cuti sudah habiskah bro?”cuit Syukri.

Selain itu, turut kelihatan meninggalkan komen ialah pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof.

“Hampa syempoi lah mat,”katanya sebelum dibalas oleh Sharnaaz yang sempat melayangkan ucapan tahniah kepada Syamsul atas penghasilan filem Mat Kilau yang telah menemui penonton di pawagam baru-baru ini.

Terdahulu, Sharnaaz dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin selepas tiga hari direman susulan kes pukul di sebuah kondominium di Segambut pada Khamis lalu.

Sharnaaz dalam kenyataannya kepada media menegaskan dia tidak sesekali akan melakukan tindakan bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang kejadian tersebut, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu bagaimanapun enggan memberikan banyak respons memandangkan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, menurut sumber, satu sidang media akan diadakan oleh Sharnaaz dalam masa terdekat namun belum ada butiran terperinci mengenainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya