Mereka intepretasikan dengan cara tersendiri, kita kena hormat -Imran Ajmain. - Utusan Malaysia

Mereka intepretasikan dengan cara tersendiri, kita kena hormat -Imran Ajmain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Imran Ajmain, mendedahkan dirinya berasa teruja dan menyokong apabila lagu popularnya, Seribu Tahun, telah diberi nafas baharu dengan di ‘Rock-Indie’ oleh band-band Indie pada persembahan Gig, baru-baru ini.

Menurut Imran, dia menghormati penampilan nafas baharu bagi lagu tersebut kerana dia menyifatkan itu adalah cara mereka bagi mengintepretasi sesebuah lagu dengan cara tersendiri kepada para pengikut.

“Bagi saya lebih kepada sokong dan teruja kerana jika orang lain menyanyikan lagu kita dan mereka mengintepretasikan dengan cara tersendiri, kita kena hormat.

“Ia kerana, penonton, penggemar dan peminat menyukai cara band tersebut. Jadi, ia merupakan satu penghargaan untuk saya namun band berkenaan mengintepretasi cara mereka.

“Jadi, kita juga tidak boleh berkata negatif mengapa merosakkan lagu orang atau sebagainya. Mereka ada beberapa band yang lain ada membuat cover lagu siap ditampilkan dengan muzik video, semasa pandemik. Ia menarik bagi saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Imran juga tidak langsung mengambil hati kerana dia juga pernah berada dalam situasi apabila nyanyiannya dibandingkan.

Malah, dikecam oleh pendengar apabila dia memasukkan sedikit sentuhan beberapa genre lain kepada lagu-lagu lama.

“Saya tidak terasa kerana saya pernah ada di situasi ini. Apabila kita nyanyi semula lagu-lagu penyanyi lama. Sebagai contoh, apabila saya nyanyi lagu Jamal Abdillah dan P. Ramlee selalu dibandingkan.

“Malah, apabila kita memberi sentuhan R&B atau pop sedikit ke, terus dikecam. Jadi saya berada dalam situasi itu. Kita nak ekspres diri dengan lagu yang kita suka kepada penonton baharu.

“Jadi, saya sangat teruja apabila band ini memilih lagu saya. Saya sangat menyokong dan menghormati usaha mereka bagi mendapatkan pengikut untuk membina nama dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ghaibmu itu memaklumkan pemberian nafas baharu kepada sesebuah lagu tidak memberi kesan negatif terhadap industri muzik tempatan.

“Pemberian nafas baharu seperti ini juga bagi saya tidak mendatangkan kesan negatif terhadap industri muzik. Kerana apabila mereka memberi nafas baharu, tidak mungkin perkara tersebut akan memberi kesan terhadap saya.

“Saya sebagai penyanyi, pencipta dan penggubah lagu tersebut, tidak akan memberi kesan kepada saya. Hal ini demikian kerana, ia dipertontonkan untuk khalayak yang sangat berbeza.

“Lainlah yang datang itu saya mahupun peminat. Mungkinlah akan ada rasa tersingguh atau sebagainya. Namun, mereka perform untuk peminat yang meminati band itu. Jadi, mereka persembahkan cara genre muziknya.

Baru-baru ini, sebuah hantaran video mendapat perhatian warganet apabila seorang pengguna Twitter mempersoal lagu popular Seribu Tahun itu dibuat mosh oleh para peminat kumpulan Indie berkenaan sewaktu melakukan persembahan lagu tersebut.

Selain itu, genre lagu itu juga telah diubahsuai kepada Rock-Indie yang dinyanyikan oleh beberapa band Indie tempatan iaitu Motherwit, Late Night Frequency, Dewatarava, MIM serta Glistening Redchair.

Video berkenaan turut mendapat perhatian daripada penyanyi asal lagu tersebut menerusi ruangan komen di ciapan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya