Melancong luar negara dikecam, berkhemah pula kata ‘camping’ kayangan - Betty Rahmad - Utusan Malaysia

Melancong luar negara dikecam, berkhemah pula kata ‘camping’ kayangan – Betty Rahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Betty Rahmad, membidas segelintir netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan caranya berehat dan bercuti bersama keluarga menerusi aktiviti berkhemah.

Kebelakangan ini banyak berkongsi momen-momen berkhemah bersama keluarga dengan cara sendiri selain memberikan tips perkhemahan, adik sutradara terkenal, Erma Fatima ini bagaimanapun tidak menyangka ada yang tidak suka dengan perkongsiannya itu.

“Nak tanyalah, apa yang awak semua marah sangat pasal berkhemah itu ya? Orang pergi bercuti naik kapal terbang, duduk hotel pun orang kecam. 

“Cuti naik caravan kata perkhemahan orang ada-ada, bila berkhemah pakai yang elok pula dikatanya kayangan.Apa perangai macam itu? Elok kah?,”katanya dalam satu hantaran video di Instagram hari ini.

Selain itu, kata Betty, dia juga berasa hairan mengapa setiap kalinya netizen sering merasakan mereka betul dan menganggap orang yang sering marah-marah dan mengecam ini seakan sukar mencari kebahagiaan sendiri.

“Apa yang orang buat semua salah, semua takde yang betul. Engkau orang sajalah yang betul. Okey, macam ini saya nak cakap,tak elok perangai macam itu, kerja nak kecam saja.

“Semua benda engkau orang rasa tak bagus, semua benda engkau orang rasa rengsa, macam mana nak hidup bahagia? Cuba jadi gembira dengan hidup ini, dengan orang, dengan semua perkara.

“Cubalah awak semua buat. Barulah hidup rasa seronok. Kecam-kecam, kutuk sana sini, kadang-kadang dengan perkataan yang tak baik. Engkau orang itu ada yang dah tua bangka, dah beranak pinak. Bukannya muda, bukannya tak ada otak,”katanya.

Dalam pada itu, kata Betty, dia juga enggan mengulas terlalu panjang lagi berhubung perkara ini.

Namun, dia mengakhiri perkongsian itu dengan meminta semua pihak terutama pengguna media sosial supaya tidak melakukan perangai yang tidak senonoh dan berhenti untuk mengecam orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya