Macam sombong dengan Allah pula gaduh macam itu -Zarina Zainuddin. - Utusan Malaysia

Macam sombong dengan Allah pula gaduh macam itu -Zarina Zainuddin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Zarina Zainuddin, mengambil inisiatif memadam hantaran di Instagram (IG) sebelum ini, susulan luahan yang dibuat pelakon tersebut selepas menerima kritikan dari individu yang tidak dikenali.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon popular drama Teduhan Kasih itu menerusi satu hantaran di entri IG miliknya.

Menurut Zarina, dia terpaksa memadam hantaran berkenaan kerana mengakui seperti rasa sombong dengan Maha Pencipta apabila bergaduh seperti itu dengan individu yang tidak dikenali.

“Maaf saya terpaksa padam hantaran semalam (kelmarin)… rasa macam sombong dengan Allah pula bergaduh macam itu.

“Saya pun tidak kenal dia… dia pun tidak mengenali saya. Dia main agak-agak sahaja, dia rasa tak suka dia komen. Bila saya fikir-fikirkan itu pendapat dia…

“Dah lah biarlah… saya memang tidak dapat hendak puaskan hati semua orang. Sebab kehidupan kita berbeza. cara kita tidak sama,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon itu juga berharap agar diampunkan segala salah dan silap selain meminta maaf secara terbuka atas kejadian berkenaan.

“Semoga Allah ampunkan saya kerana tidak dapat kawal nafsu marah saya. Baik layan anak-anak, mak dan suami saya lagi terhibur melihat keletah mereka.

“Maafkan saya kadang terasa nak berlakon watak antagonis. Boleh saya marah-marah dalam televisyen sahaja,” tulisnya panjang.

Baru-baru ini, Zarina meluahkan rasa berang selepas ada seorang netizen yang mempersoalkan gaya tudungnya di media sosial.

Menerusi hantaran yang sudah dipadam di Instagram, dia dilihat menghantar pesanan langsung (DM) terhadap pengguna tersebut dan mempersoalkan tindakan individu itu terhadap dirinya.

Tambahnya, pelakon itu akui pada mulanya tidak mahu mengambil kisah hal orang lain namun dia harus bersuara apabila ada netizen yang mempersoalkan dirinya yang sering menggayakan tudung jenama milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya