Lepas ini artis akan susah nak kerja dengan awak Nora - Fify Azmi - Utusan Malaysia

Lepas ini artis akan susah nak kerja dengan awak Nora – Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Pelakon, Fify Azmi, tidak menolak kemungkinan bekas pembantu peribadinya, Nora, akan berdepan dengan kesukaran untuk meraih kepercayaan banyak pihak termasuk artis jika dia mahu meneruskan kerja dalam bidang ini.

Menurut pelakon dengan nama sebenar, Nur Afiqah Mohammad Azmi ini, selepas insiden Nora melarikan wang berjumlah RM15,000 miliknya baru-baru ini, dia yakin, ramai pihak telah jelas nampak keperibadian sebenar wanita tersebut.

“Selepas apa yang dia buat dan dia fitnah pula saya macam-macam sedangkan kita pernah bekerjasama sebelum ini, saya rasa selepas kini susah untuk artis nak bekerja dengan awak, Nora.

“Sebab, mereka sudah tahu perangai awak. Bila ada masalah yang awak sendiri buat, awak sendiri lakukan, awak dah bersalah, awak pula tak tahu macam mana nak selesaikan.

“Kemudian bila dah tak tahu nak selesai, awak kononnya buka pula aib orang, yang tak benar dan tak betul pula itu,”katanya.

Fify berkata demikian semasa ditemui di Muzium Negara selepas selesai menjalani set penggambaran drama bersiri Special Force Anarchy semalam.

Selain itu, menurut Fify, meski dia telah menghalalkan duit yang dilesapkan oleh wanita berkenaan, dia bagaimanapun mengaku tidak akan memaafkan perbuatan Nora.

“Saya pun tahu, tak akan dapat duit itu balik meskipun sudah banyak kali saya minta termasuk memohon dia menjelaskan tanpa berbelit-belit. Susah sangat macam ini, tak apalah, biarkanlah ia berlalu. Nak haramkan duit itu tak baik pula bukan? Nanti jadi apa-apa pula. Doakan yang baik-baik sajalah.

“Hati saya ikhlas dengan ‘kehilangan’ duit titik peluh saya itu. Saya reda. Tapi tak apalah, saya percaya, rezeki itu ada. Tapi untuk memaafkan, tidak,”katanya.

Selain itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga meminta Nora untuk berhenti untuk ‘meroyan’ dan bercerita perkara tak betul kononnya mahu menegakkan kebenaran diri.

“Saya cuma minta dia berhentilah meroyan sebab kasihan pada dia sendiri. Nora, awak cubalah ‘back up’ macam mana sekali pun diri, semua orang dah nampak, awak kena lagi teruk, kasihan saya tengok awak, Nora.

“Kalau awka risau mak awak menitiskan air mata, awak juga perlu risau pada anak-anak awak dan keluarga. Saya kasihan pada mereka, sebab itu saya reda.

“Tak apalah, di akhirat nanti biar Allah SWT sahaja yang balas. Kita ini pun dah malas nak layan,”katanya.

Dalam pada itu, Fify, juga kesal dengan tuduhan yang dilakukan oleh Nora yang mendakwa kononnya dia mengambil barang terlarang. 

Baginya, isu tersebut tidak harus dibangkitkan berikutan ia tiada kaitan dengan kes melarikan wang RM15,000.

Terdahulu, Nora memuat naik status berunsur ugutan di Instastory yang dipercayai ditujukan kepada aktres berkenaan biarpun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Antara status yang dimuat naik oleh Nora sebelum dipadam mendakwa individu yang mencalarkan maruahnya itu memerlukan dadah untuk berlakon.

Sementara itu, Fify memberitahu dia enggan memperbesarkan isu berkenaan kerana bimbang akan menyusahkan bekas pembantunya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya