KUALA LUMPUR: Akur dengan lanjut usia untuk bergelar bapa, pelakon Jay Iswazir, 40, tetap berfikiran optimis.
Mengulas tentang menimang cahaya mata, Jay tidak mahu mengusutkan pemikirannya dengan cakap-cakap orang tentang kemungkinan pelbagai risiko.
“Insya-Allah… kalau terlalu memikirkan kekhuatiran akhirnya membinasakan kita. Jadi fikir rezeki itu dan semuanya akan baik-baik sahaja.
“Kerisauan ini akan membuatkan hidup kita tak rasa tidak selesa. Jadi janganlah fikir ke sudut itu.
“Melihat contoh manusia, kenapa suka nak lihat contoh yang tidak baik? Ambil positif komen, ada kesedaran, jaga kesihatan,” jelas Jay kepada Utusan Malaysia.
Tambah Jay, setiap komen dan kritikan jangan cepat melatah, timbang baik buruk yang dilemparkan.
Bila pemikiran rasional, kita fikir penyelesaian dengan rasional dan logik.
Sebagai informasi, selepas setahun perkenalan di sebuah lokasi penggambaran, Jay dan pasangan juga seorang pelakon, Azzahra Ahmad, melangsungkan majlis pernikahan pada 30.3.2022 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.