Janganlah asyik bagi watak jahat pada saya - Adam Corrie - Utusan Malaysia

Janganlah asyik bagi watak jahat pada saya – Adam Corrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Adam Corrie, 54, menaruh harapan agar selepas ini dia diberikan watak berbeza untuk naskhah-naskhah seterusnya bagi mengelak dilabel stereotaip.

Menurut Corrie, ini kerana watak jahat atau antagonis sudah terlalu sinonim dengan dirinya dan itu membuatkan dia berasa perlu untuk mengubah haluan baru dalam menentukan kerjaya seninya.

“Tak rasa muak ke bila tengok watak jahat saja, muka saya. Saya sendiri pun sebenarnya bosan. Kadang-kadang persepsi orang tengok saya ini memang jahatlah. Tolonglah bagi saya watak baik pula.

“Baru-baru ini pun saya dapat tawaran watak jahat juga. Ia watak anggota pasukan beruniform tetapi watak antagonis. Ada satu lagi itu pun watak jahat, tapi tidak mengapa, saya tetap anggap semua itu adalah rezeki.

“Saya bukanlah terlalu memilih watak tertentu, asalkan saya boleh bawakan watak itu dengan baik dan orang terima, Alhamdulillah,” katanya.

Corrie berkata demikian semasa ditemui dalam sebuah majlis di ibu kota, baru-baru ini.

Sebelum ini, Corrie cukup dikenali menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster, Adam dan sebagainya.

Dalam pada itu, hasrat Adam akhirnya tercapai apabila dia akhirnya ditawarkan watak yang diidamkan menerusi filem seram terbaharu, Bangkitkan Aku Kembali yang telah memulakan penggambarannya sekitar minggu ini.

Menerusi pembabitannya dalam supertele tersebut, Adam akan melakonkan watak seorang ustaz yang perlu mengubati orang dirasuk.

Bangkitkan Aku Kembali merupakan adaptasi daripada novel judul sama yang ditulis novelis, Sophilea.

Bakal menjalani penggambaran di sekitar Jitra dan Baling, Kedah, filem tersebut turut dibintangi Amy NurTinie, Aishah Azman dan Mustaqim Bahadon dan Jay Iswazir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya