Isteri tak ragu-ragu keluar duit bantu orang susah - Nadzmi Adhwa - Utusan Malaysia

Isteri tak ragu-ragu keluar duit bantu orang susah – Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa, 30, mendedahkan, isterinya, Ardell Aryana, tidak pernah rasa ragu untuk mengeluarkan sejumlah duit jika tujuannya adalah untuk membantu orang susah.

Menurut Nadzmi,pernah suatu ketika, Ardell yang juga pelakon, mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 untuk membantu sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir sekitar tahun lalu.

Perkara itu, kata Nadzmi, sedikit sebanyak membuka mata dan pintu hatinya untuk belajar akan erti ikhlas dalam memberi.

“Sebenarnya, banyak yang saya boleh belajar daripada cara isteri. Saya ini nak kena belajar lagi untuk lebih ikhlas dalam memberi, macam dia. Contoh, dalam satu situasi ketika dia bantu sebuah keluarga mangsa banjir, dia tak teragak-agak keluarkan duit RM10,000 begitu saja.

“Dia ini memang tak berkira soal duit. Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit sebanyak itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.

“Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu,” katanya.

Nadzmi menjelaskan, RM10,000 itu terbahagi kepada RM5,000 pakaian serta barang keperluan dan sebahagian lagi untuk pembelanjaan keluarga terbabit.

Nadzmi berkata demikian ditemui ketika sidang media Misi Kemanusian Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).

Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.

Selain Nadzmi, enam ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan jAiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Dalam pada itu berkongsi mengenai misi tersebut, Nadzmi berkata, dia bakal meninggalkan keluarga selama dua minggu dengan anak mereka, Arwa Malaika akan dijaga oleh Ardell.

“Setiap hari anak dengan saya dan isteri. Kami pun ada bisnes sendiri, jadi memang selalu anak dengan kami cuma kadang-kadang kalau ada kerja luar saja.

“Insya-Allah saya pun akan ke Afrika untuk misi bantuan di sana pada Raya Aidiladha nanti selama dua minggu. Sepanjang saya di sana, isteri la yang akan jaga anak kami.

“Sebelum ini, isteri banyak sertai misi bantuan, jadi kali ini giliran saya pula. Isteri pun tak kisah akan sambut raya tanpa saya,” ujarnya.

Sumbangan dana dan berinfak bagi menyokong Misi Kemanusiaan Afrika boleh disalurkan ke impactivemy.onpay.my/order/form/13 atau impactivemy.onpay.my/order/form/media4afrika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya