Hez Hazmi selamat diijab kabul, resepsi tema Arab - Utusan Malaysia

Hez Hazmi selamat diijab kabul, resepsi tema Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz penyanyi Hez Hazmi selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Fatin Ameera di Masjid Jamiul Ehsan Setapak pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hez atau nama penuhnya Muhammad Hazmi Nadzim Hamdan, 30, menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah pagi tadi 10 Jun 2022 (Jumaat), pukul 10 pagi, saya dan pasangan, Fatin Ameera selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz.

“Terima kasih kepada keluarga, sedara mara dan kenalan yang banyak mendoakan kami,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama dapat disaksikan majlis pernikahan disambut dengan bersederhana yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

Sementelah itu, pada perkongsian berlainan penyanyi Setiaku itu turut memuat naik sekeping gambar sewaktu majlis resepsi yang dipercayai mengenakan tema Arab.

“Semoga ikatan ini diredai Allah dan terus bersama hingga ke jannah InsyaaAllah,” katanya.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN