Hajat nak ziarah bapak, tapi saya pula masuk hospital - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Hajat nak ziarah bapak, tapi saya pula masuk hospital – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Jasmin Hamid, turut merasai kehilangan pelawak legenda tanah air, Allahyarham Hamid Gurkha yang disahkan meninggal dunia semalam.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

Menurut Jasmin, dia dan suami sebelum ini berhasrat ingin menziarahi pelakon tersebut, namun tidak kesampaian kerana dirinya terpaksa dimasukkan hospital akibat mengalami masalah pada jantung.

“Pulangnya seorang bintang, Arwah Pak Hamid Gurkha. Pilunya hati bila dapat khabar duka ini.

“Saya berhasrat nak ziarah bapak (panggilan buat arwah) baru-baru ni tetapi saya pula masuk hospital…

“Suami kata bila saya dah sedia, kami akan ziarah bapak kerana suami nak saya kuatkan semangat bila ziarah bapak nanti. Saya sangat sensitif dengan orang tua… hendaknya bila lihat mereka tidak tak sihat,” katanya.

Mengulas lanjut, Jasmin reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di dalam Syurga Allah.

“Apa pun. Allah lebih sayangkan bapak. Mohon Allah tempatkan bapak di dalam syurgaNya tanpa hisab dan haramkan azab kubur dan neraka jahanam.

“Takziah buat seisi keluarga bapak. Tabahkan hati dengan ujianNya. Marilah sama-sama sedekahkan pahala doa kita untuk Pak Hamid Gurkha,” ujarnya.

Semalam, Allahyarham Hamid Gurkha menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya