Fify Azmi kesal pembantu peribadi songlap duit - Utusan Malaysia

Fify Azmi kesal pembantu peribadi songlap duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fify Azmi meluahkan rasa kesal dengan sikap pembantu peribadinya yang dikatakan telah menggelapkan duit hasil kerja lakonannya.

Aktres filem Wira itu tampil menerusi siaran langsung di akaun Instagram miliknya dengan mendedahkan situasi yang telah berlaku.

“Saya tak bodoh dan tak sangka akak Nora (pembantu peribadi) sanggup buat saya macam ini. Saya dah buat baik dan layan akak dengan baik, gaji serta yang diperlukan saya bagi.

“Saya berlembut dengan kak Nora ini tidak bermakna boleh dipijak. Cara akak salah, buat persetujuan dibelakang saya, malah tiada dalam kontrak. Sampai hati.

“Kalau setakat RM5,000 saya boleh tutup mata. Tapi awak dah ambil tiga kali bayaran saya,” luahnya.

Menerusi perkongsian video berdurasi lebih 12 minit itu, Fify turut mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis.

Turut memberitahu dia sudah memberikan masa kepada pembantu peribadinya untuk tampil melunaskan semula wang yang disonglap sejak tujuh hari lalu namun masih tiada khabar.

Fify juga berterima kasih kepada pengikut dan peminat di IG kerana terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat agar perkara seumpama itu tidak berulang lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya