Elak berkongsi gambar arwah yang tak menutup aurat -PU Haris. - Utusan Malaysia

Elak berkongsi gambar arwah yang tak menutup aurat -PU Haris.

PU Haris memohon orang ramai tidak berkongsi gambar Allahyarham Adibah Noor yang tidak menutup aurat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, memohon orang ramai agar tidak berkongsi atau memuat naik gambar penyanyi terkenal, Allaharyamah Adibah Noor yang tidak menutup aurat.

Perkara tersebut dikongsikan suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah coretan di Instastory miliknya.

Selain itu, Haris yang lebih disapa sebagai PU Riz juga menitipkan pesanan agar cukup sekadar sedekah Al-Fatihah buat arwah, dan tidak sebarkan perkara yang tidak perlu.

“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat.

“Cukup sekadar sedekah Al-Fatihah. Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu.

“Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa. Sekian salam,” katanya.

Semalam, penyanyi lagu popular Terlalu Istimewa, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai pada pagi, Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya