Demi Allah, saya tak tendang, memijak atau menumbuk. Itu semua karut! - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

Demi Allah, saya tak tendang, memijak atau menumbuk. Itu semua karut! – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah seminggu berdiam daripada sebarang penjelasan mengenai insiden pergaduhan di sebuah kondominum, pelakon, Sharnaaz Ahmad, 37, tampil menjelaskan bahawa dia tidak menendang, menumbuk mahupun memijak pengawal keselamatan di kediamannya sebagaimana yang didakwa ramai.

Menurut Sharnaaz, apa yang didakwa adalah tidak benar dan dia mempunyai alasan mengapa dia terlibat dalam insiden tersebut yang kemudiannya menyebabkan dirinya ditahan reman selama tiga hari oleh pihak polis.

“Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak. Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

“Tak kisahlah dia bangsa apa,agama apa, warganegara apa. Saya memang tak boleh tengok orang ditindas.

“Tapi di sini saya menegaskan, demi Allah, saya tidak memijak atau menendang perut individu berkenaan ataupun mencekik dan menumbuknya. Itu semua karut dan saya yakin saya tidak buat.

“Buat masa ini saya hanya boleh memberikan kenyataan secara ‘surface’ dan menunggu keputusan mahkamah keluar. Kenyataan ini dibuat atas nasihat peguam dan pihak polis selepas genap seminggu saya direman,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat ini juga menyeru orang ramai untuk tidak lekas menghukum atau menghakimi tanpa bukti kukuh.

“Saya bukan hendak cakap saya baik atau bagus, atau pihak sana yang jahat. Cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah jangan terus membuat konklusi apabila ada orang masuk reman.

“Pihak polis telah memberikan kerjasama dan begitu juga daripada saya. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat menjernihkan keadaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga memberi bayangan bahawa dia akan mengadakan sebuah sidang media khusus untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan tarikh sebenar untuk sidang media itu diadakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya