KUALA LUMPUR: Selepas enam hari menimang cahaya mata ketiga, penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni tampil berkongsi nama anaknya iaitu Charissa Azzahra.
Perkongsian itu dimuat naik di akaun Instagram milik Haziq dengan dua keping gambar mendedahkan wajah si comel.
“Masha-Allah Tabarak-Allah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan.
“Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulis Haziq.
Terdahulu anak ketiga mereka ini selamat dilahirkan pada 25 May 2022, pukul 9.52 pagi dengan berat 3.05 kilogram.
Untuk rekod, pasangan Haziq dan isteri, Ayunda Putri Mekarsari mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Hasil perkongsian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Heidy Nufael dan Chayea Aulia.