Bukan saja pengkritik, tapi ayah penasihat tegar - Mia Sara Shauki - Utusan Malaysia

Bukan saja pengkritik, tapi ayah penasihat tegar – Mia Sara Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Adflin Shauki, Mia Sara ada mendapatkan pandangan bapanya berhubung babak melibatkan merokok.

Jelas Mia, Afdlin terbuka dan faham corak kerja sebagai seorang pelakon dalam menggalas tanggungjawab dan peranan untuk menghidupkan watak berkenaan.

“Dia bukan sahaja seorang ayah yang bertindak sebagai pengkritik tetapi penasihat tegar.

“Saya ada tanya kalau ada babak merokok macam mana? Katanya, bergantung pada Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Jelasnya kalau babak itu memberikan gambaran realiti untuk tatapan umum dan sedar mungkin itu yang sedang berlaku pada anak-anak mereka, terpulang pada LPF,” katanya.

Mengulas situasi kekalahan Adflin dalam arena politik, Mia enggan campur tangan.

“Saya memang ada perasaan risau, tapi dalam masa sama tak mahu masuk campur.

“Saya memang tiada pengetahuan mendalam seperti ayah saya. Ibarat air dengan minyak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya