Bila tak seksi pun saya dikata seksi - Nora Danish - Utusan Malaysia

Bila tak seksi pun saya dikata seksi – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nora Danish, 40, meluahkan rasa hairan mengapa dirinya sering menjadi sasaran netizen dalam isu imej dan pakaian dengan tanggapan terlalu seksi di mata masyarakat.

Kata Nora, dia bagaimanapun tidak pernah melatah kerana beranggapan mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat lantaran sedar kehidupan seorang selebriti itu lazim mendapat perhatian.

“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa-apa pun. Saya pun seorang selebriti.

“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutama peminat. Bagi saya, apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai doa. 

“Saya pun kalau boleh tak naklah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin (7MSK) di Dadi Pavilion, Kuala lumpur, kelmarin.

Dalam pada itu, Nora bersyukur mempunyai suami, Nedim Nazri Aziz yang sentiasa tenang apabila berdepan dengan kecaman netizen. 

“Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti. 

“Jadi dia pun faham selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

“Saya pun anggap inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama sokong. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif, “ujarnya. 

Sementara itu, pelakon drama Puteri Reunion ini mengaku bahawa komen dan kritikan netizen banyak memberi kesedaran kepadanya dalam soal berpakaian. 

“Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi. 

“Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya