Bertudung pun kalau peribadi tak baik, tak guna juga -Raja Atiq - Utusan Malaysia

Bertudung pun kalau peribadi tak baik, tak guna juga -Raja Atiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon tampan, Raja Atiq, mendedahkan, dia tidak pernah meletakkan standard atau ciri tertentu pada seorang wanita jika mahu menjadikan seseorang itu sebagai kekasih atau calon isterinya nanti.

Kata pelakon drama Nur ini, mungkin ada sesetengah lelaki suka cuma pada wanita bertudung misalnya, namun baginya imej luaran adakalanya belum pasti mencerminkan keperibadian sebenar.

“Kalau cakap pasal jodoh atau ciri teman wanita atau isteri in, saya pun tak berani nak cakap. Pernah saja ada orang tanya, saya nak ciri wanita yang macam mana? Yang bertudungkah?

“Bagi saya, bertudung atau tidak, kita tengok pada cara pembawakan dirinya, cara dia bersosial. Maaf cakaplah, kalau bertudung pun perangainya teruk dan tak pandai bawa diri, tak guna juga.

“Tapi kalau tak bertudung sekali pun namun dia juga tak pandai bawa diri, tak elok juga. Kita lihat pada keperibadian dia. Kecantikan dalaman itu lebih penting,”katanya.

Atiq berkata demikian semasa ditemui dalam satu majlis hiburan di AU3 baru-baru ini.

Selain itu, kata pelakon ini, usia juga bukan satu perkara pokok kerana baginya jika seseorang itu sudah ditakdir Tuhan sebagai jodoh, siapalah dirinya untuk menolak.

Namun, itu juga bukan perkara pokok kerana apa yang utama ialah dirinya sendiri dalam mencari keselesaan dan mencipta kejayaan hidup sebelum berangan-angan untuk berkahwin.

“Kalau ditanya sekarang, saya akui masih belum bersedia untuk berkahwin. Sebab, saya ada impian sendiri sebelum jadi suami orang.

“Impian saya ialah, nak ada motor sendiri, kereta sendiri dan rumah sendiri selain bisnes yang stabil dan mendatangkan pendapatan bulanan yang puas hati. Dalam erti kata lain, nak cari dulu duit dan sediakan diri, barulah boleh jaga anak orang.

“Lagipun, saya ini muda lagi. Baru berusia 22 tahun, tak mungkin nak kahwin sekarang. Mungkin di usia 26 atau 27 tahun, tak tahulah ya,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan model dan pelakon Amy Nur Tinie, Atiq mendakwa wanita itu memang sahabat terdekatnya.

Bagaimanapun, hubungan itu tidak lebih daripada itu dan dia mengaku selesa bekerjasama dengan Tinie atas urusan perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya