Berpimpin tangan dengan wanita, MK K-Clique akui tak sengaja tayang kemesraan - Utusan Malaysia

Berpimpin tangan dengan wanita, MK K-Clique akui tak sengaja tayang kemesraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Anggota kumpulan K-Clique, MK, mengaku dia tidak sengaja melakukan aksi mesra di hadapan orang ramai dengan cara berpimpinan tangan dengan seorang wanita baru-baru ini.

Aksi tersebut telah menjadi bahan bualan ramai di media sosial terutama di kalangan peminat-peminat tegarnya yang sentiasa menumpu perhatian pada setiap gerak geri penyanyi dan pelakon tersebut.

Pun begitu, kata MK yang berusia 26 tahun, dia bertindak memegang tangan dengan wanita yang dikenali sebagai Hajaar Siti itu kerana kedua-dua mereka sedang mengejar masa gara-gara sudah terlambat ketika menghadiri jemputan rumah terbuka Aidilfitri.

“Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah berpendapat salah. Kita faham.. Tetapi dalam keadaan itu, keadaan yang huru-hara, kelam kabut. Kami dah lambat. Kami nak cepat. Benda itu automatik (pegang tangan).

“Depan saya ada kakak, tepi pula adik-beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra.

MK berkata demikian ketika sidang media filem ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur, semalam.

Selain MK, filem romantik komedi arahan Eyra Rahman turut menampilkan barisan pelakon popular antaranya Nora Danish, Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.

Ditanya adakah dia akan berkahwin secara senyap atau ingin dikongsikan kepada umum, ini jawapan daripada pelakon drama The Hotel.

“Tidaklah. Saya tak akan diam-diam. Benda ini (kahwin) kena uar-uarkan. Insya-Allah dah sampai masa, saya dah bersedia nanti akan dikongsi.

Pada April lalu, MK mengecewakan hati ramai gadis apabila memuat naik beberapa keping foto ‘sweet’ dengan Hajaar Siti.

Dalam hantaran yang sama, MK turut menulis kapsyen ‘berbunga’ serta menggunakan panggilan ‘sayang.’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya