Belum tahap jalin hubungan serius - Niezam Zaidi - Utusan Malaysia

Belum tahap jalin hubungan serius – Niezam Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Digosip kini sedang bercinta dengan pelakon dan penyanyi baru, Farisya Iris, aktor, Niezam Zaidi, 30, bagaimanapun menolak desas-desus tersebut dengan mendakwa hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan.

Pun begitu, Niezam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi mengaku bahawa Farisha merupakan wanita paling rapat dengannya buat masa ini.

“Ini semua hanyalah gosip. Netizen fikir kami sedang bercinta, sedangkan baru berkawan, belum tahap jalin hubungan serius. Spekulasi mula tersebar apabila saya memuat naik gambar Farisha dan mengucapkan ulang tahun kelahirannya.

“Netizen mula fikir bukan-bukan, anggap kami dilamun cinta. Namun, saya tak mampu menebaknya terlalu jauh kerana ia masih terlalu awal.

“Jadi, doa baik-baik sahaja. Saya tak nafikan, Farisha antara kawan wanita yang rapat dengan saya ketika ini,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Cindai ini memilih untuk lebih berhati-hati dalam menjalin hubungan percintaan disebabkan kisah lampau. 

Katanya, dia enggan terlalu terbuka bercerita dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Lagipun, kerjaya seni saya sedang berkembang baik, ketika ini.

“Saya juga ada masa bersama keluarga dan terus mengukuhkan trek seni.

“Cuma, soal hati atau jodoh, saya tiada kuasa menentukannya. Bagi saya, kalau ada jodoh, tak ke mana,”katanya.

Sebelum ini, Niezam berkongsi foto berdua sempena hari lahir Farisha yang ke 23 tahun pada 25 April lalu. Manakala, pelantun lagu Tak Malu memuat naik video momen keluar bersama di akaun TikTok.

Pada tahun 2020, Niezam mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama aktres Nonny Nadirah tidak kesampaian kerana mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya