Arwah Adibah Noor tak kisah belanja RM3,000 demi kucing - pengurus

Arwah Adibah Noor tak kisah belanja RM3,000 demi kucing – pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengurus Allahyarham Adibah Noor, yang dikenali sebagai Todd, memaklumkan, arwah penyanyi tersebut tidak pernah berkira untuk mengeluarkan belanja yang banyak demi memastikan kucing-kucingnya terpelihara dengan baik.

Menurut Todd, arwah Adibah menyediakan wang belanja dengan anggaran sebanyak RM3,000 setiap bulan untuk tujuan tersebut termasuk membeli makanan dan keperluan lain bagi 24 ekor kucing yang dijaganya.

“Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak semuanya masih kecil lagi. Ada antara kucing itu orang bagi dan ada yang datang sendiri. Tapi tak ada pun penambahan kucing baru. 

“Kucing jadi banyak sebab beranak-pinak, itu yang bertambah. Kesemuanya ada 24 ekor dan selalunya arwah akan membelanjakan wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan kucing. 

“Saya boleh katakan yang arwah memang seorang yang tidak pernah berkira bila melibatkan kucing-kucingnya,”katanya.

Selain itu, menyedari arwah begitu sayangkan semua kucing tersebut, Todd mengaku bagaimanapun tidak sanggup untuk memberikannya kepada orang lain.

Ini kerana,kata Todd, dia berpegang kepada amanah dan janjinya kepada arwah Adibah sebelum penyanyi tersebut meninggal dunia.

“Saya terima banyak mesej daripada pelbagai pihak yang menyatakan kesediaan untuk membela kucing-kucing arwah. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arwah. Kucing-kucing masih berada di rumah arwah kak Dib. 

“Arwah memang sudah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arwah kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Untuk pengetahuan, semasa dia masih ada pun, saya bantu jaga juga.

“Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arwah kepada orang lain. Saya dan kakak arwah yang akan jaga semuanya,” katanya.

Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita permegian penyanyi Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas alami sesak nafas.

Allahyarham meninggal dunia kerana menghidap kanser ovari.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, pada Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya