Aril Pilus menangis dapat surat dalam bahasa Mandarin - Utusan Malaysia

Aril Pilus menangis dapat surat dalam bahasa Mandarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, menzahirkan rasa terharu sejurus sahaja mendapat tahu sepucuk surat yang ditulis puteranya, Tun Adriel Mikael, khas buat dia dan isteri dalam bahasa Mandarin.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Menatap Matamu itu menerusi satu video perbualannya bersama guru kelas tambahan di aplikasi Whatsapp, yang dikongsikan di entri Instagram miliknya.

Dalam video berkenaan, Aril terpaksa meminta guru bahasa Mandrin dari kelas tambahan anaknya untuk menterjemahkan maksud surat berkenaan.

“Tersentuh hati aku bila sedang siap-siapkan anak punya kelas tambahan, aku pun mesej lah gutru teacher dia untuk bertanya hal-hal kerja rumah dia.

“Lepas itu anak aku cakap ada satu kertas itu, guru sekolah dia minta buat surat, kita mak ayah tidak faham mandarin.

“Sebab itu hantar dia kelas tambahan, memang struggle sedikit ya kawan-kawan kalau anak sekolah Mandarin ini, jadi aku pun tangkap gambar hantar kepada guru dia,” katanya.

Mengulas lanjut, dia secara tidak langsung menzahirkan rasa sebak apabila mendapat tahu surat itu ditulis untuk dia dan isteri sebagai tanda kasih sayang seorang anak.

“Tidak lama itu, guru dia balaskan apa yang anak aku tulis, memang menyentuh hati semua.

“Secara tidak sengaja mereka telah menjentik kantung air mata aku ini untuk mengalir keluar dari celah-celah bola mata.

“Mommy daddy saya awak juga sayang. Tun Adriel Mikael, besar dah anak daddy ini… tulis Mandarin pula,” tulisnya panjang.

Menerusi video tersebut, cahaya matanya menulis dia menyayangi ibu bapanya dan akan belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa mereka berdua dengan kasih sayang, menerusi penulisan dalam bahasa Mandarin.

“Buat daddy dan mommy tersayang, saya sayang kamu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas dengan kasih sayang,” balas guru itu menterjermahkan maksud yang ditulis Adriel.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut memuji kecerdikan puteranya itu.

Selain menitipkan doa agar anaknya menjadi seorang yang dalam setiap apa yang diceburi kelak.

Sekadar informasi, Aril dan Puteri Erma Edlinda mendirikan rumah tangga pada tangga pada 20 Disember 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya