Yasin cipta dalam lagu dari tirai besi - Utusan Malaysia

Yasin cipta dalam lagu dari tirai besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagaikan meluahkan perasaan yang terbuku di hati, penyanyi dan komposer yang kini dipenjarakan akibat tuduhan mengedar dadah jenis ganja, Yasin Sulaiman mencipta sebuah lagu dari tirai besi.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyelaras akaun Instagramnya, dipercayai anggota keluarganya sendiri, hari ini yang menyebut, lagu tersebut diberi judul Bebaskan Aku.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,”katanya.

Antara yang ditulis oleh Yasin menerusi lagu tersebut adalah seperti berikut.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,”rintihnya.

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh.

Selain itu, turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya