Wajah saya pun mempunyai kulit yang kurang baik -Agnes Mo. - Utusan Malaysia

Wajah saya pun mempunyai kulit yang kurang baik -Agnes Mo.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Mo, tampil mendedahkan wajah sebenarnya tanpa sebarang ‘filter’, apabila sebelum ini dia sering dituduh segelintir warganet kerana melakukan pembedahan atau operasi plastik pada bahagian mukanya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Jera itu menerusi beberapa perkongsian foto di entri Instagram miliknya, sempena bulan kesedaran kesihatan mental.

“Tiada filter (walaupun Paris (filter di Instagram). Anda tahu apa yang saya cakapkan!)

“Tiada solekan. Ini adalah cara saya untuk menyokong bulan Kesedaran Kesihatan Mental. Foto, kulit, dan penampilan saya dalam gambar ini jauh dari sempurna,” katanya.

Mengulas lanjut, Agnes memberitahu dirinya juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada mempunyai cela di wajah.

Selain itu, dia turut meninggalkan pesanan buat semua dengan mengatakan walaupun mempunyai banyak kekurangan, sebagai manusia kita perlu sentiasa bersyukur.

“Tetapi apa yang menarik ialah tidak kira bagaimana rupa saya, saya rasa begitu gembira, berpuas hati dan bersyukur.

“Jadi lihatlah, wajah saya juga mempunyai kulit yang kurang baik kerana sinaran matahari. Ada pori dan ada ‘kerosakan’.

“Kali terakhir periksa, saya masih seorang manusia. Dan saya gembira,” tulisnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat dan rakan artis memuji kecantikan semulajadi bintang itu.

Hantaran tersebut juga adalah cara tersendiri penyanyi bertaraf antarabangsa itu ‘mengunci’ mulut warganet yang sebelum menerima pelbagai reaksi kurang enak mengenai wajahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya