'Value' tak patut diukur dengan berapa lama dalam industri - Aina Abdul. - Utusan Malaysia

‘Value’ tak patut diukur dengan berapa lama dalam industri – Aina Abdul.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Aina Abdul, mengakui harga tiket A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 menjadi persoalan dan kemarahan kebanyakan warganet, lantaran meletakkan harga yang dikatakan agak mahal.

Menurut Aina, dia mempunyai alasan tersendiri meletakkan harga sebegitu dan menganggap perbandingan dirinya dengan figura-figura terkenal tanah air adalah tidak adil.

Ini kerana pemilik lagu Sepi itu menyifatkan nilai seseorang penyanyi bukanlah diukur berapa lama anak seni berkenaan sudah berada di dalam industri.

“Perkara ini jadi satu persoalan dan netizen marah dengan saya, adalah kerana letak harga begitu.

“‘Mereka kaitkan dengan ‘value’ saya sebagai penyanyi, berapa lama dalam industri dan bandingkan dengan figura-figura yang saya idolakan.

“Saya rasa macam perbandingan itu tidak adil, saya percaya nilai itu tidak patut diukur dengan berapa lama dalam industri,” katanya.

Mengulas lanjut, Aina mencuba untuk mengendahkan reaksi yang diterima daripada warganet susulan isu tersebut.

Namun, dia akui lama kelamaan ia sedikit sebanyak telah ‘memakan’ diri.

“Sebahagian dalam diri, saya nak buktikan bahawa mereka salah, bukan kerana berapa mudanya kamu dalam industri atau berapa lamanya kamu.

“Bagi saya, saya tak kisah apa orang cakap, tetapi lama-lama perkara itu makan diri saya sedikit.

“Selain cabaran itu adalah untuk menjawab soalan-soalan. Dan bagaimana saya nak beri point jawapan itu tidak menjejaskan saya, tetapi kadang kala ia beri kesan saya secara mental,” dedahnya lagi.

Aina berkata demikian ketika dimajlis sidang media konsert ANWAA 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, peminat menzahirkan rasa kecewa apabila harga tiket konsert penyanyi berkenaan itu dikatakan terlalu mahal.

Menerusi laman Twitter, rata-rata warganet merungut dengan harga tersebut, malah ada yang membandingkan Aina dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sekadar informasi, konsert ANWAA 2.0 bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya