Tolonglah, saya bukan jenis bermuka-muka - Lana Nordin - Utusan Malaysia

Tolonglah, saya bukan jenis bermuka-muka – Lana Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sering dilihat suka membalas komen netizen yang mengecamnya dengan pelbagai isu kontroversi sebelum ini, pelakon, Lana Nordin, 43, menjelaskan, dia cuma akan berbuat demikian untuk sesetengah isu yang dirasakan relevan dan rasional untuk dijawab.

Kata Lana, tidak semua perkara harus dijawab menggunapakai platform media sosial kerana jelasnya, dia sendiri tidak punya waktu untuk melayan kerenah netizen lantaran sibuk menguruskan banyak perkara termasuk kerjaya.

“Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.Selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.

“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik. Macam hari itu, ada yang kecam saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya tanya balik,mana orang buat roti pakai sarung tangan? Kau pergilah kedai mamak dan tengok sendiri,”katanya.

Tambah Lana, sudah tentu untuk isu itu, dia tahu tentang penekanan aspek kesihatan apalagi jika membabitkan soal pengurusan dan pembuatan makanan.

“Saya tahu soal kebersihan sebab saya ini pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex.

“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan. Jika perlu saya tegur,saya tegur. Sebab, saya nak didik mereka supaya mereka tahu,”katanya.

Lana berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran gedung menjual barangan bakeri, Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor semalam.

Selain itu,kata Lana tindakannya yang dilihat kerap ‘bergaduh’ dengan netizen merupakan sikap sebenar dirinya.

“Siapa kenal saya, depan-depan jenis cakap jujur.Semua tahu perangai saya. Tak ada yang samar-samar, sama ada hitam atau putih saja saya ini.

“Kalau saya tak suka, saya cakap. Tolonglah, saya bukan jenis bermuka-muka!” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Lana akhirnya membuka gedung beli-belah barangan bakeri yang telah diusahakannya sejak dua tahun lalu.

“Dari PKP saya mula usahakan Lana’s Bakery Land dan ketika tempoh itu, saya pun turut terjejas. Sewa tetap jalan, duit tetap mengalir walaupun kedai belum boleh beroperasi.

“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.

“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda saya perlu usahakan dari A-Z, kena tahu memasak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya