Tekanan darah ibu naik mendadak, Jue Aziz mohon doa

Tekanan darah ibu naik mendadak, Jue Aziz mohon doa

Jue Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jue Aziz, memaklumkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas bacaan darah dilaporkan meningkat ke paras bahaya.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon popular Janji Kekasih itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

Menurut Jue, dia memberitahu tekanan darah ibunya naik mendadak sehingga dikhuatiri boleh menyebabkan urat dalam kepala pecah dan boleh membawa maut.

Pelakon itu bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila ibu tercintanya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor.

“Ya Allah… ini kali kedua mak jadi macam ini. Kali pertama pada bulan Februari… darah beku di kepala disebabkan darah tinggi dan jantung bocor.

“Nasib sempat bawa mak pergi ke hospital masa itu dah strok ringan. Tadi (semalam) pun sama… kebetulan ada janji temu dengan doktor hari ini untuk susulan sakit mak.

“Tahu-tahu sahaja tekanan darah mak tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala… silap-silap mak pun bole ikut abah (Al-Fatihah)” katanya.

Mengulas lanjut, Jue turut bimbang apabila ibunya tidak mengalami sebarang rasa sakit seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Bonceng itu merakam penghargaan buat semua yang tidak lekang mendoakan kesejahteraan ibunya.

“Yang bahayanya kali ini mak tiada rasa pening-pening, jadi tiada ‘hint’ sakit takut nanti tidak sedar tahu-tahu sahaja….

“Nasib masa ini abang memang nak bawa mak pergi buat pemeriksaan, jika tidak mak seorang tak tahu apa jadi sebab tiada tanda-tanda pening atau apa.

“Ya Allah kau lindungilah & berikan kesembuhan pd ibu kami, Amin. Terima kasih mendoakan mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa buat ibunya agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Pada Februari lalu, ibu kepada Jue dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya