Syukur setelah melewati pelajaran besar - Nia Ramadhani - Utusan Malaysia

Syukur setelah melewati pelajaran besar – Nia Ramadhani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktres Indonesia, Nia Ramadhani meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk bersama-sama ahli keluarga selepas melewati fasa gelap dalam hidupnya.

Pelakon Indonesia itu turut menitip salam bahagia buat semua peminat yang tidak henti memberikan kata-kata semangat selain doa buat dirinya.

“Bersyukur kerana sudah boleh berlibur (bercuti) bersama anak-anak, dan keluarga setelah melewati sebuah pelajaran besar dalam kehidupan.

“Terima kasih buat semua yang tidak berhenti memberikan sokongan dan doa. Apa pun yang terjadi dalam hidup kita, semua atas izin Allah.

“Alhamdulillah, hikmah dari kejadian yang saya dan suami alami sudah kami temukan dan rasakan. Insya-Allah ke depannya kami bisa menjadi peribadi yang lebih baik lagi,” tulisnya.

Tambah pelakon popular menerusi drama Bawang Putih Bawang Merah, dia berterima kasih kepada khalayak kerana majoriti berfikiran positif terhadap dirinya.

“Terima kasih untuk kalian semua yang punya pikiran luas. Terima kasih sudah menjadi manusia yang tidak berlagak yang merasa bisa menilai kehidupan seseorang hanya dengan melihat dari luarnya saja,” coret Nia menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian hantaran terbaharu, selepas dua minggu bebas dari pusat rehabilitasi, Nia sedang menjalani kehidupan bahagia di samping keluarga dan bercuti di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Untuk info, Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie pernah ditangkap pihak berkuasa kerana terkait dengan penyalahgunaan dadah di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, pada Julai 2021

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya