Syukur kerana tuhan masih lagi beri kesempatan -Ari Lasso. - Utusan Malaysia

Syukur kerana tuhan masih lagi beri kesempatan -Ari Lasso.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso, menzahirkan rasa syukur dapat kembali menyanyi di atas pentas, selepas sembuh daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak awal 2021.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Rahasia Perempuan itu ketika ditemu bual media Liputan6.

Menurut Ari, dia berjaya mengharungi detik sukar dalam hidupnya dengan sokongan dan doa yang tidak pernah lekang daripada orang ramai.

“Bagi saya, ini merupakan momen kehidupan saya yang ketiga. Ini merupakan salah satu fasa yang paling sukar saya pernah lalui dan akan bertambah sukar tanpa sokongan anda semua.

“Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi itu ada memuat naik beberapa foto ketika melakukan persembahan di konsert bertemakan Allo Bank Festival 2022.

Menerusi kapsyen tersebut, dia turut menzahirkan rasa teruja dan gembira kerana masih diberi peluang menghiburkan para peminat, selepas 10 bulan berjuang melawan kanser.

“Semalam adalah panggung pertama saya setelah 10 bulan berjuang melawan sakit. Gembira pasti, teuja pasti.

“Tetapi di atas itu semua adalah rasa syukur yang tidak terhingga kerana tuhan masih lagi memberi kesempatan.

“Dan kalian semua memberikan kehangatan dan kekuatan yang luar biasa,” coretnya panjang.

Pada September 2021, Ari mendedahkan sedang berjuang melawan kanser limforma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya