PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, berkongsi dirinya bakal melahirkan cahaya mata ketiganya, hari ini.
Menerusi entri Instagram, pelakon drama Sha & Shah itu ada memuat naik beberapa klip pendek di Instastory bagi berkongsi perkembangannya sebelum melahirkan bayi.
Dalam pada itu, Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan menyambut bayi ketiga mereka.
“Sekarang jam 1 pagi. Nak potong perut jam 7 ke 7:30 pagi. Jam 1 pagi baru nak datang ke hospital.
“Rasa? Rasa macam mana? Ini lah bilik daripada anak pertama dan kedua sehinggalah anak yang ketiga.
“Bilik yang sama. Berdebar tak tahu nak kata. Doakan Tilla,” katanya.
Menerusi perkembangan terkini, suaminya memaklumkan Syatilla masih berada di dalam dewan pembedahan selain turut memohon doa yang baik-baik buat isteri tercintanya.
Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan
dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.