Silap saya tak pandai promosi diri macam artis lain - Abbas Mahmood - Utusan Malaysia

Silap saya tak pandai promosi diri macam artis lain – Abbas Mahmood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Abbad Mahmood, 24,mendedahkan, tidak mudah untuknya menempatkan diri sebagai pelakon popular lantaran industri hiburan juga cenderung berpaksikan pada jumlah pengikut di media sosial berbanding memfokus kepada bakat seseorang artis itu.

Menurut Abbas, jumlah pengikutnya di akaun Instagram cuma sekitar 10,000 namun dia tidak menyalahkan peminat atau netizen kerana sebolehnya cuba melihat pada kesilapan dirinya sendiri.

“Tak seperti rakan seangkatan lain, pelakon baharu lain, mereka ada jumlah pengikut yang tinggi juga. Saya terfikir juga, apalah yang mereka lakukan sampai dapat raih pengikut yang ramai.

“Mungkin sebab mereka pandai memasarkan diri dalam laman sosial. Mungkin silap diri saya sendiri yang tak pandai promosikan diri. Tapi saya tak kisah pun tentang hal itu (jumlah pengikut) sebab saya tahu nilai diri sendiri dalam kehidupan sebenar,”katanya.

Selain itu, kata Abbas, dia juga tidak melihat tindakan melakukan publisiti murahan termasuk memperbodohkan diri sebagai satu usaha atau keperluan untuk meraih jumlah pengikut yang ramai di akaun media sosialnya.

“Saya pun tidak akan buat sesuatu publisiti untuk diri saya. Niat saya dalam industri ini nak jadi contoh dan teladan yang baik.Ramai orang sekarang nak publisiti dengan memperbodohkan diri untuk raih jumlah pengikut dan berada dalam spotlight,”katanya.

Abbas berkata demikian semasa ditemui di majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi pelakon Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Rosnah Mat Aris dan Norman Hakim.

Berkongsi mengenai filem tersebut, Abbas mengakui dia berasa teruja berpeluang untuk bergandingan dengan barisan pelakon yang dianggap ‘mahal’.

“Saya bermula dengan berlakon teater dan sambung belajar di Aswara dalam bidang lakonan juga. Saya mula berlakon sebagai pelakon tambahan sejak 2015.

“Sudah tentu, bila saya dapat tawaran untuk berlakon dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia ini satu peluang yang saya tak akan boleh tolak.

“Saya anggap peluang keemasan untuk serlahkan bakat dan bina nama dalam industri. Dapat pula digandingkan dengan barisan pelakon pada saya ‘mahal’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya