Seminggu beraya, anak Neelofa dapat RM14,040. - Utusan Malaysia

Seminggu beraya, anak Neelofa dapat RM14,040.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perkongsian Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mengenai duit raya yang diraih oleh putera sulung mereka, Muhammad Bilal ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini nampaknya membuahkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada antara netizen menganggap duit raya berjumlah RM14,040 yang diraih oleh Bilal adalah satu jumlah yang sangat besar untuk anak kecil sepertinya sehingga ia menjadi bahan bualan ramai di media sosial.

Buka sahaja dalam duit ringgit, malah Muhammad Bilal menerusi perkongsian Haris di Instagram, turut meraih duit raya dalam dirham.

“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ini semua duit-duitnya diberi sampai ada duit 1000 dirham (RM1,000)

“Duit raya Bilal tahun ini, hasil kutipan empat ribu dua puluh ringgit (RM14,020)… MasyaAllah, hebat daripada kita lagi, ” katanya.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mereka terkejut dengan hasil kutipan duit raya tersebut yang dikatakan melebihi jumlah pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu RM10,000.

Namun, dalam masa yang sama, netizen juga menganggap ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan ramai saudara-mara Neelofa dan suaminya memberikan duit raya RM50 hingga RM100 untuk anak mereka itu.

“Normal bagi saya, umi dia terkenal, walid dia pun terkenal. Jumpa orang kaya-kaya. Jadi, apa nak hairan. Aku sekali pergi rumah orang kaya dapat RM200.

“Bajet duit raya golongan kayangan ini bersamaan RM10,000 KWSP salah seorang rakyat marhaen.

“Datuk, nenek dia semua pangkat Datuk Datin kenalan pun Datuk Datin Tan Seri Puan Seri. Rezeki Bilal la dapat duit raya banyak macam itu,” antara komen netizen.

Biarpun ramai netizen yang melahirkan rasa syukur melihat rezeki anak pasangan itu, namun masih terdapat antara mereka yang memberi pandangan bahawa perkongsian itu tidak sesuai kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk.

“Ingat pesan Ustaz Wadi Anuar. Salah satunya jangan tunjuk harta kita kat orang yang Allah bagi.

“Tak baik tunjuk duit raya kan,” tulis netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu namun sehingga kini masih tidak mendedahkan wajah bayi mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya