Saya sakit kepala, tapi akan turuti arahan SKMM - Datuk Seri Vida - Utusan Malaysia

Saya sakit kepala, tapi akan turuti arahan SKMM – Datuk Seri Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gara-gara sengaja menghasilkan video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi, usahawan tempatan terkenal, Datuk Seri Vida akur untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Vida menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi dengan antara lain menyebut bahawa dia akan menuruti arahan SKMM tersebut setelah mengetahui terdapat pihak yang melaporkan tentang MV tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini.

“Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu.

“Saya ini pun sedang dalam keadaan tak sihat.Sakit kepala tapi saya akan turuti arahan SKMM itu. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan,”katanya.

Vida menerusi hantaran video di Instagram berkata demikian sambil berjalan di sekitar kediamannya di Ipoh, Perak selain memaparkan dia sedang memeluk anak lelakinya yang dikenali dengan panggilan Kacak.

Terdahulu, Vida dihimpit dengan kontroversi apabila dia tampil dengan mv raya yang dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri.

MV tersebut memaparkan kumpulan penari ‘drag queen’ sekali gus menyebabkan Vida terpalit pula dengan isu cuba mempromosi elemen LGBTQ.

Malah, ia juga mengheret Vida kepada isu cuba mencemarkan kesucian agama Islam menerusi penghasilan MV tersebut.

Sebelum Muah Muah Raya, negara juga dikejutkan dengan tindakan dangkal Aliff Syukri yang tampil dengan lagu dan mv raya kontroversi berjudul Kelepok Raya sehingga turut dipanggil untuk memberi keterangan di SKMM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya