PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, memberi gambaran wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal, adalah seiras dengan wajahnya sewaktu kecil.
Menerusi entri Instagram, pengacara rancangan MeleTop itu ada memuat sekeping foto zaman kanak-kanaknya bersama ibu tercinta, Datin Noor Kartini, menerusi Instastory miliknya.
“Tengok masa kecil ini, rasa macam ‘copy-paste Bilal sangat,” coretnya ringkas disusuli emoji ketawa.
Menjengah hantaran terbaharu, pengacara itu memuat naik semula gambar tersebut di platform yang sama buat tatapan umum.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar bagi melihat wajah bayi pelakon itu.
“Comelnya Bilal! Tak sabar nak tengok Bilal,” komen @mariessabryna.
“Bilal pun mesti lebih kurang macam ini,” komen juga @nellyjamuratumalaya.
“Saya pasti muka Bilal dengan Jebat (anak kakanya) tidak lari jauh hihi,” tulis @jeeha.mohammad.
Terdahulu, Neelofa masih belum bersedia berkongsi wajah cahaya matanya kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit Ain (gangguan disebabkan pandangan).
Untuk rekod, Neelofa dan pendakwah bebas, PU Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu, di hotel terkemuka di ibu kota.
Awal tahun lalu, suami tercintanya memaklumkan Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki, jam 3.44 petang, pada tanggal 29 Januari 2021.